Mersing Food Hunt: 6 Hidangan Wajib Sebelum Balik
Mersing bukan sekadar pintu masuk ke pulau-pulau cantik seperti Pulau Besar dan Pulau Rawa—ia juga syurga makanan yang wajib diterokai! Kalau datang ke sini, rugi besar kalau tak cuba makanan tempatan yang memang sedap dan buat ketagih.
Bayangkan suasana pagi di pekan kecil ini, dengan kedai-kedai makan yang berderet menyajikan sarapan enak seperti nasi dagang dan keropok lekor panas. Bila matahari dah tinggi, angin pantai yang sepoi-sepoi menambahkan lagi nikmat bila menikmati hidangan seafood segar. Lepas makan makanan berat, apa lagi yang lebih syok daripada pekena ABC atau coconut shake untuk hilangkan dahaga?
Setiap kali aku ke Mersing, perut memang tak pernah kecewa. Jadi kali ni, aku nak kongsikan pengalaman memburu makanan best di Mersing—semuanya mesti cuba kalau datang ke sini!
1. Nasi Dagang
Kalau sebut nasi dagang, ramai akan teringat Terengganu atau Kelantan. Tapi jangan terkejut, Mersing pun ada nasi dagang yang sedap gila! Nasinya wangi, lembut dengan rasa lemak halus, dimakan pula dengan gulai ikan tongkol yang pekat berempah. Yang bestnya, gulai dia cukup rasa, ada keseimbangan antara manis, masam dan lemak. Satu suapan je, confirm nak tambah lagi! So, kat mana-mana kedai anda boleh jumpa nasi dagang. Jangan lupa try okay ?
2. Keropok Lekor
Orang Pantai Timur memang tak boleh lari dari keropok lekor. Dekat Mersing, keropok lekor dia memang lain daripada yang lain —rangup di luar, kenyal di dalam dan memang guarantee penuh rasa ikan. Kadang-kadang, bila makan keropok lekor di tempat lain, ada yang rasa lebih tepung daripada ikan. Tapi kat sini, anda boleh rasa kesegaran ikan dalam setiap gigitan. Makan panas-panas dengan sos pedas manis, perghhhhh memang tak cukup kalau beli sikit! So korang kalau datang sini, janganlah beli yang dah siap goreng, beli sekali yang frozen untuk bawa balik untuk goreng and makan sendiri kat rumah ataupun korang boleh belikan untuk sedara mara bagi mereka rasa betapa sedapnya keropok lekor Mersing. Takyah susah-susah pergi Terengganu, Mersing kan ada.
3. Otak-Otak & Satar
Kalau datang ke Mersing tapi tak makan otak-otak dan satar, korang memang rugi! Otak-otak dan satar dibungkus dalam daun pisang kemudian dibakar atas bara api sebab tu ada rasa smokey yang sedap. Otak-otak ni ada rasa pedas berlemak yang confirm akan buat korang ketagih. Sekali cuba pasti nak lagi! Aroma bakaran dan daun pisang menambahkan lagi keenakan rasa ikan yang dikisar bersama rempah. Kalau otak-otak lebih kepada tekstur yang halus dan lembut, satar pula lebih kenyal dan berair sebab ikan yang digunakan lebih kasar kisarannya. Ada rasa manis, pedas dan masin yang seimbang. Makan panas-panas, memang puas hati!
4. Ikan Bakar & Seafood Bakar
Satu benda yang buat seafood bakar kat Mersing special ialah kesegarannya. Ikan, sotong, udang—semua fresh dari laut! Dibakar dengan sambal atau hanya dengan garam dan limau, rasanya memang padu. Kadang-kadang, bila seafood tak segar, rasa hanyir boleh mengganggu selera. Tapi kat Mersing ni, korang jangan risau sebab memang takkan jumpa masalah macam tu. Bila dan order ikan dan seafood bakar kemudian makan pula dengan nasi putih panas-panas dan sambal kicap fuhhhh memang syurga betul! Tambah pula angin pantai yang nyaman, confirm memang akan buat selera korang bertambah-tambah!
5. Celup Tepung
Kalau dah borak pasal seafood, tak sah kalau tak mention sotong dan udang celup tepung. Celup tepung ni memang menu wajib kalau lepak tepi pantai! Udang, sotong, ikan, semua disalut tepung rangup dan digoreng hingga keemasan. Bila gigit, luar dia krup krap, dalam pulak lembut dan juicy. Lagi syok kalau makan panas-panas dengan sos pencicah pedas manis atau korang makan macam tu je tanpa sos pun dah sedap. Memang nikmat! So kat Mersing ni mana korang pergi memang akan ada menu celup tepung ni. Jangan lupa try tau !
Ni lah celup tepung! Udang dia memang besar-besar, sekali gigit terasa isi yang juicy dengan tepung rangup. Makan dengan sos pencicah, memang layan habis. Jangan lupa bawa family lepak minum petang sambil santai makan celup tepung ni. Memang syok!
6. ABC, Cendol & Coconut Shake
Cuaca Mersing kadang-kadang boleh buat rasa letih sebab memang panas tapi jangan risau sebab korang boleh dapatkan menu penyejuk tekak iaitu ABC, cendol dan coconut shake ! ABC biasanya dihidang dengan ais yang dikisar halus, sirap manis, jagung kacang, dan kadang-kadang yang special mereka letak aiskrim. Kalau korang nak pencuci mulut yang lain, cendol dan coconut shake memang menjadi pilihan. Cendol di sini dibuat daripada santan segar, gula melaka original dan cendol yang kenyal. Rasa dia tak terlalu manis so memang auto segar lah ceritanya. Sementara tu, coconut shake pula lemak berkrim dengan rasa kelapa yang menyegarkan. Ada yang siap letak aiskrim vanila untuk tambah rasa creamy. Memang terbaik kalau minum waktu tengah panas! So ketiga-tiga menu ni korang boleh dapatkan ni mana-mana kedai korang pergi kat Mersing ni.
So Mersing memang lokasi terbaik kalau nak layan makanan yang sedap dan puas hati. Dari makanan berat macam nasi dagang sampai pencuci mulut yang menyegarkan, semuanya ada! Yang penting, kebanyakan makanan di sini menggunakan bahan segar, terutama seafood yang datang terus dari laut.Kalau singgah Mersing, jangan lupa cuba makanan ni—nanti menyesal kalau tak rasa! Jadi, korang dah pernah try yang mana satu? Atau ada makanan lain kat Mersing yang wajib masuk list? Komen sikit, jom share pengalaman makan best kat sini!
Comments
Post a Comment